Aktiviti Sepanjang Tahun


09 September 2009

UPSR 09


Pemandangan sekitar UPSR 09
Menunggu masa ke dewan peperiksaan.


Beratur di luar dewan peperiksaan.



 

Menunggu masa menjawab soalan.






 

Pengawas mengedar kertas jawapan / soalan.




                                              
     Taklimat oleh ketua pengawas.





Calon UPSR 2009


JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN BERTULIS UPSR 2009

SELASA - 8 September 2009

08:15 pagi - 09:05 pagi
011 Bahasa Melayu Pemahaman (50 minit)

09:45 pagi - 11:00 pagi
012 Bahasa Melayu Penulisan (1 jam 15 minit)

11:45 pagi - 12:25 tengah hari
015/2 Mathematics Kertas 2 (40 minit)


RABU - 9 September 2009

08:15 pagi - 09:15 pagi
015/1 Mathematics Kertas 1 (1 jam)


KHAMIS - 10 September 2009

08:15 pagi - 09:30 pagi
018 Science (1 jam 15 minit)

10:15 pagi - 11:05 pagi
014/1 Bahasa Inggeris Kertas 1 (50 minit)

11:45 pagi - 01:00 petang
014/2 Bahasa Inggeris Kertas 2 (1 jam 15 minit)

02:15 petang - 03:45 petang
013 Ujian Aptitud Tahun Enam (1 jam 30 minit)


06 September 2009

Hari Keluarga di Cameron Highland

Hari Keluarga SKP di Cameron Highland
 (15 keluarga)

31 Julai 2009

10.30 pagi
Bertolak dari Jeli ke Cameron Highland.

01.30 petang
Tiba di Lojing - berehat sebentar - menghirup udara segar.
Nikmatnya ciptaan yang Maha Esa.


02.00 petang
Bertolak ke tempat penginapan di Tanah Rata - apartment Arabella - tempah 5 buah apartment 3 bilik untuk 15 keluarga.

02.30 petang
Tiba di Arabella - agihan kumpulan aparment - 3 keluarga untuk 1 apartment - berehat sebentar - mandi - solat - makan tengahari.




03.30 petang
Bergerak ke ladang teh - beli teh - key-chain - masuk ke ladang teh - nak minum teh - mahal sangat wei.



05.30 petang
Berada di ladang lebah - Highlands Apiary Farm - beli madu - tengok buah strawberi - ikan di kolam.




07.30 malam
Berada di pasar malam Brinchang - ramainya manusia - nak parking pun payah - membeli-belah - pakaian - sayur-sayuran - buah strawberi - jagung manis dan lain-lain.

10.30 malam

Balik ke apartment - mandi - solat - makan malam - bual-bual dengan En. Fajar dan bayar tempahan apartment - keluar minum teh - makan colek kerang (kawe, mat ju, pok mat mok nik, pok wei tie, pok mat mok jah, din).

12.00 tengah malam
Kedai nak tutup dah - balik tidur - sejuk juga wei.


01 Ogos 2009

06.00 pagi
Bangun - solat subuh - sarapan pagi - bersiap untuk chek out.

10.00 pagi
Makan aiskrim strawberi di Strawberi Resort Park - sedap juga wei - beli pokok bunga kaktus (7 RM10.00) - ada yang beli bantal strawberi (anak-anak nak).

12.00 tengahari
Singgah di Kea Farm - beli sayur-sayuaran - buah strawberi - jagung manis & lain-lain - tertinggal nak beli di pasar malam Brincang - sini lebih murah dari Brincang - banyak juga beli - habislah samah dua.

01.30 petang
Bertolak balik.

02.30 petang
Tiba di Gua Musang - berhenti makan tengahari - habis RM89.60 - mahal juga wei - tapi takpa asalkan hati suka.

04.00 petang
Bertolak balik - ada ikut jalan ke Jeli - ada ikut jalan ke Kuala Krai / Kota Bharu - kawe ke Jeli.

05.00 petang
Berhenti solat sebentar.

06.30 petang
Tiba di Jeli - lewat sikit sebab hujan di sepanjang jalan - letih pula rasa - mandi - berehat - ZZZZZ..........

Buat teman-teman, terima kasih di atas program yang kita sama-sama anjur. Kita akan anjur lagi pada masa yang akan datang. Insyaallah.

05 September 2009

Memancing di Tasik Banding

12 Februari 2009

2.00 petang
Bertolak dari Jeli ke Jeti Tasik Banding.

3.00 petang
Bertolak dari Jeti Tasik Banding ke Sungai Kenyir menaiki bot.

5.30 petang
Tiba di perkampungan orang asli. Singgah solat asar. Masalah pengangkutan, terpaksa berpatah balik ke kuala Sungai Sengor.

8.00 malam
Tiba di kuala Sungai Sengor. Solat Maghrib, menyiapkan makan malam, memancing.
Hasil pancing kurang memuaskan. ZZZZZZZZZZ......................


13 Februari 2009

6.30 pagi
Peja dan Abe Lie balik ke jeti ambil Hilux. Kami tunggu di kuala Sungai Sengor. Abe Lie tiba dan meneruskan perjalanan ke hulu sungai. Hasil juga kurang memuaskan (ikan kecil sangat). Namun, kami tetap gembira kerana dapat banyak ikan walaupun kecil. Berhenti rehat dan makan di tempat rehat pekerja balak. Mereka tolong masak dan kami makan. Sangat menyelerakan, lapar dan letih bermain air.

2.30 petang
Bertolak pulang ke Jeli. Letih berjalan jauh dan jalan pula berhabuk (jalan balak).

Tak reti serik. Lain kali akan mencuba lagi kalau ada peluang - hobi.





Terima kasih buat teman-teman pancing :
Pak Lang - Pok Mat - Pok Wei - Abe Lie - Ayah Abu - Abe Sir - Pok (sponsor) - Peja (guide)

03 September 2009

Rehat Minda 09

Pemandangan indah di Taman Santuari, Tasik Pergau, Jeli, Kelantan
(semasa program Rehat Minda Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Pendok - 16 hingga 18 Julai 2009). Pelbagai aktiviti telah dirancang sepanjang program tersebut ; ice-breaking - sukaneka - motivasi - kerohanian - riadah - strategi menjawab soalan - persembahan murid (aktiviti yang dijalankan adalah berkonsepkan rehat - murid gembira/tiada tekanan tetapi mendapat ilmu secara tidak langsung). Kemudahan yang terdapat di Taman Santuari ; bot - chalet terapung - surau - dewan - dewan makan - jambatan gantung & asrama (dalam pembinaan) - trek untuk aktiviti pengembaraan - khemah - alatan pancing - keno. Pakej yang disediakan adalah berpatutan. Berminat sila hubungi - 019 9255202