Aktiviti Sepanjang Tahun


05 September 2009

Memancing di Tasik Banding

12 Februari 2009

2.00 petang
Bertolak dari Jeli ke Jeti Tasik Banding.

3.00 petang
Bertolak dari Jeti Tasik Banding ke Sungai Kenyir menaiki bot.

5.30 petang
Tiba di perkampungan orang asli. Singgah solat asar. Masalah pengangkutan, terpaksa berpatah balik ke kuala Sungai Sengor.

8.00 malam
Tiba di kuala Sungai Sengor. Solat Maghrib, menyiapkan makan malam, memancing.
Hasil pancing kurang memuaskan. ZZZZZZZZZZ......................


13 Februari 2009

6.30 pagi
Peja dan Abe Lie balik ke jeti ambil Hilux. Kami tunggu di kuala Sungai Sengor. Abe Lie tiba dan meneruskan perjalanan ke hulu sungai. Hasil juga kurang memuaskan (ikan kecil sangat). Namun, kami tetap gembira kerana dapat banyak ikan walaupun kecil. Berhenti rehat dan makan di tempat rehat pekerja balak. Mereka tolong masak dan kami makan. Sangat menyelerakan, lapar dan letih bermain air.

2.30 petang
Bertolak pulang ke Jeli. Letih berjalan jauh dan jalan pula berhabuk (jalan balak).

Tak reti serik. Lain kali akan mencuba lagi kalau ada peluang - hobi.





Terima kasih buat teman-teman pancing :
Pak Lang - Pok Mat - Pok Wei - Abe Lie - Ayah Abu - Abe Sir - Pok (sponsor) - Peja (guide)