Aktiviti Sepanjang Tahun


27 Oktober 2010

Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2010

Tarikh : 24 Oktober 2010
Hari : Ahad
Masa : 08.30 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat : Dewan SK Pendok

Pada tanggal 24 Oktober 2010, Panitia Bahasa Melayu dengan kerjasama Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah telah menganjur Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat Sekolah Kebangsaan Pendok.

Di sepanjang program tersebut pelbagai acara yang berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan telah dijalankan.

Penglibatan acara adalah meliputi semua warga SK Pendok. Penyertaan murid dalam setiap acara amatlah menggalakkan. Situasi ini dilihat melalui penyertaan murid dalam acara-acara yang telah dijalankan.
 
Syabas diucapkan kepada semua warga SK Pendok yang terlibat dalam menjayakan program tersebut. Kerjasama serta jasa yang dicurahkan diharap dapat mengangkat martabat Bahasa Kebangsaan di persada antarabangsa.

Melentur buluh mestilah bermula dari rebungnya.

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Aturcara 
08.00 pagi  - Murid-murid serta guru-guru mengambil tempat
08.15 pagi  - Ucapan pengerusi penganjur - Pn. Norma binti Yusof
08.25 pagi  - Ucapan perasmian - En. Che Rameli bin Che Ab. Rahman 
                                                        - Guru Besar SK Pendok
08.40 pagi  - Acara pertandingan :
                     a. Bercerita
                     b. Bersyair
                     c. Mendeklamasi sajak
                     d. Berpidato
10.30 pagi   - REHAT
11.00 pagi   - Acara pertandingan disambung semula
12.30 tengah hari - Majlis penyampaian hadiah
01.15 petang        - Bersurai

Keputusan pertandingan :
a. Bercerita
    1. Siti Aminah binti Mohd Noor - 3 Kelah
    2. Nur Izzati binti Mohd Sharif - 2 Kelah
    3. Nur Ilya Nabila binti Che Ismail - 2 Kelah
b. Sajak
    1. Che Noor Syamimi binti Ishak - 4 Kelah
    2. Syarifah Nurul Nadia binti Syed Hussin - 4 Tengas
    3. Mohd Hariz bin Mohd Zaidi - 4 Kelah
c. Syair
    1. Nurul Amalina binti Ibrahim - 5 Kelah
    2. Mohd Adziman bin Mat Leh - 5 Kelah
    3. Muhd Rafiqi bin Che Ismail - 5 Kelah
d. Syarahan
    1. Nur Aimi Syuhada binti Amli - 6 Kelah
    2. Nur Alya binti Abu Hassan Al-Saari - 6 Kelah
    3. Nur Aliaa Syahirah binti Adenan - 6 Kelah


Secebis kenangan :

Ucapan Guru Besar
Murid-murid sedang mendengar ucapan
Hakim pertandingan
Guru-guru turut serta mendengar ucapan dan menyaksikan pertandingan


Syarahan
Sajak


 

 Syair

 Bercerita






  Majlis penyampaian hadiah


















Ikhlas daripada :
muraibatu71@gmail.com