Aktiviti Sepanjang Tahun


05 September 2009

Memancing di Tasik Banding

12 Februari 2009

2.00 petang
Bertolak dari Jeli ke Jeti Tasik Banding.

3.00 petang
Bertolak dari Jeti Tasik Banding ke Sungai Kenyir menaiki bot.

5.30 petang
Tiba di perkampungan orang asli. Singgah solat asar. Masalah pengangkutan, terpaksa berpatah balik ke kuala Sungai Sengor.

8.00 malam
Tiba di kuala Sungai Sengor. Solat Maghrib, menyiapkan makan malam, memancing.
Hasil pancing kurang memuaskan. ZZZZZZZZZZ......................


13 Februari 2009

6.30 pagi
Peja dan Abe Lie balik ke jeti ambil Hilux. Kami tunggu di kuala Sungai Sengor. Abe Lie tiba dan meneruskan perjalanan ke hulu sungai. Hasil juga kurang memuaskan (ikan kecil sangat). Namun, kami tetap gembira kerana dapat banyak ikan walaupun kecil. Berhenti rehat dan makan di tempat rehat pekerja balak. Mereka tolong masak dan kami makan. Sangat menyelerakan, lapar dan letih bermain air.

2.30 petang
Bertolak pulang ke Jeli. Letih berjalan jauh dan jalan pula berhabuk (jalan balak).

Tak reti serik. Lain kali akan mencuba lagi kalau ada peluang - hobi.





Terima kasih buat teman-teman pancing :
Pak Lang - Pok Mat - Pok Wei - Abe Lie - Ayah Abu - Abe Sir - Pok (sponsor) - Peja (guide)

03 September 2009

Rehat Minda 09

Pemandangan indah di Taman Santuari, Tasik Pergau, Jeli, Kelantan
(semasa program Rehat Minda Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Pendok - 16 hingga 18 Julai 2009). Pelbagai aktiviti telah dirancang sepanjang program tersebut ; ice-breaking - sukaneka - motivasi - kerohanian - riadah - strategi menjawab soalan - persembahan murid (aktiviti yang dijalankan adalah berkonsepkan rehat - murid gembira/tiada tekanan tetapi mendapat ilmu secara tidak langsung). Kemudahan yang terdapat di Taman Santuari ; bot - chalet terapung - surau - dewan - dewan makan - jambatan gantung & asrama (dalam pembinaan) - trek untuk aktiviti pengembaraan - khemah - alatan pancing - keno. Pakej yang disediakan adalah berpatutan. Berminat sila hubungi - 019 9255202